Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat.Seseorang yang berdisiplin ialah seseorang yang menunjukkan tingkah laku yang baik dan tindak tanduknya tidak bertentangan dengan norma-norma masyarakat.
Di sekolah,lazimnya wujud pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi setiap warga sekolah.Ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Contohnya,murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran.Peraturan ini perlu dipatuhi murid-murid untuk menjaga tindak-tanduk dan keselamatan mereka.
Sebernanya,disiplin perlu dipupuk dalam kalangan murid untuk melahirkan individu yang berperwatakan baik.Murid-murid yang berdisiplin biasanya akan memberi fokus ketika guru sedang mengajar.Hal ini pasti akan melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Di samping itu,disiplin juga mampu melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kehidupan.Mereka akan patuh dan teguh terhadap prinsip yang menjadi pengangan sejak kecil lagi.Murid-murid inilah yang akan menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment