Tuesday 18 October 2011

MASA OH MASA!!!

Masa ibarat emas
amat berharga
perginya tidak kembali
hargailah masa tepatilah detiknya

Masa
tidak boleh dijual beli
tidak ternilai jikalau tergadai
gunakanlah secara berhemat
agar ia tidak kerugian

Masa
usia muda meningkat tua
hanya keranamu masa
tetapi yang bijak menggunakannya
 ceria di hati hidup bahagia.........

MARI BERIADAH

Pada usia muda 
kita mula menjaga badan
kita cerdaskan fikiran
dengan beriadah dan bersukan 
masa terisi penuh bermakna.

Wahai teman rakan taulan
nikmatilah anugerah Tuhan
jiwa tenang hati riang. 

Ayuh teman kita beriadah
bersama-sama jiran tetangga
pada pagi dan juga petang.


Kita kenal sesama jiran
moga bertambah keakraban
semangat perpaduan menjadi harapan.

Ayat Suci Al-Quran (AYAT KURSI)


Thursday 13 October 2011

PANTUN CINTAI SEKOLAH.

Tanam peria di pinggir kali,
    Petiklah sebiji berikan jiran,
Sekolahku ceria indah sekali,
    Nilai murni jadikan amalan.

Buah delima sudah terbilang,
     Isinya merah warna berseri,
Gah nama sekolah cemerlang,
     Cantik terserlah lagi bestari.

Pokok jambu usah dipanjat,
     Ambillah golok jolokkan buah,
Hargai ilmu tinggikan darjat,
     Hargai sekolah jagalah maruah.

Pokok kelapa di pinggir kota,
     Deretan ru menambah seri,
Usah lupa pesan dan kata,
     Teguran guru janga dinafi.

Pohon meranti pohon berangan,
   Amat subur memikat hati,
Mohon teliti segala kandungan,
   Maklumat kabur menjadi pasti.
   

KARANGAN CARA-CARA UNTUK MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS.

   Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu. Sebagai seorang pelajar,kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah.

     Antaranya adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong royong bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat,bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.


      Selain itu  adalah dengan  mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan kawasan sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau di  sekeliling kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Oleh itu,taman bunga perlu diadakan di sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah.

     Cara lain untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengecat semula  bangunan. Mengecat  bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga  akan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku..” Sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,pemandangan,lukisan dan corak.

       Pertandingan kelas terbersih dan terceria juga dapat menjadikan sesebuah sekolah ceria. Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan paling ceria. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Elas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan.  Kelas terbersih akan diberikan hadiah dan sijil penghargaan.

     Selain mengadakan pertandingan pihak  sekolah juga boleh mengadakan Program 3K. Program 3K bermaksud Kesihatan,Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh menjadikan sekolah  sentiasa ceria dan selamat. Ini kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di sekolah.

     Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.  Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya  bersih dan ceria. Sekolahku adalah kesayanganku.

Wednesday 12 October 2011

SEKOLAHKU SYURGAKU

     Ungkapan "Sekolahku Syurgaku" sering diperkatakan baik dalam kalangan pendidik mahupun pelajar. Malah kita dapat melihat di dinding-dinding sekolah juga terukir ungkapan tersebut. Ungkapan itu amat bermakna jika diteliti, diselusuri dan difahami akan maksudnya.  
 
     Sekolah dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk meninba ilmu. Manakala syurga pula ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berada didalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolahku Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya.  
 
     Sewajarnya, para pelajar baik sekolah di desa, pedalaman mahupun bandar merealisasikan ungkapan tersebut. Jika menyelusuri sejarah, pembangunan dalam sektor pendidikan merupakan elemen penting dalam sejarah sesebuah negara maka pembaharuan demi pembaharuan telah dilaksanakan oleh kerajaan.  
 
        Ini membuktikan keprihatinan kepimpinan negara dalam bidang pendidikan. Para pelajar seharusnya bersyukur dan insaf dengan kemewahan yang dinikmati pada masa kini bebanding para pelajar di negara-negara yang miskin ataupun negara-negara yang dilanda musibah.  
 
        Jika pelajar dilengkapi dengan bumbung bersyiling tetapi mereka hanya beralaskan daun nipah. Begitulah sengsaranya mereka.  
 
        Para pelajar perlu memenfaatkannya dengan sebaik mungkin kemewahan yang dinikmati. Peliharalah apa yang dinikmati seperti harta sendiri dan janganlah membinasakannya hanya kerana kejahilan kita.  
 
         Jadikanlah sekolah sebagai rumah dan guru sebagai ibu bapa. Sekiranya kaedah ini digunapakai setiap individu akan merasai ketenangan, keseronokan apabila berada di sekolah dan secara tidak langsung ungkapan "Sekolahku Syurgaku" dapat direalisasikan. 

PENTINGNYA DISIPLIN DALAM KEHIDUPAN MURID-MURID SEKOLAH

    Disiplin dapat ditakrifkan sebagai tatacara perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat.Seseorang yang berdisiplin ialah seseorang yang menunjukkan tingkah laku yang baik dan tindak tanduknya tidak bertentangan dengan norma-norma masyarakat.

      Di sekolah,lazimnya wujud pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi setiap warga sekolah.Ini bertujuan untuk melatih murid-murid  supaya berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Contohnya,murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran.Peraturan ini perlu dipatuhi murid-murid untuk menjaga tindak-tanduk dan keselamatan mereka.

   Sebernanya,disiplin perlu dipupuk dalam kalangan murid untuk melahirkan individu yang berperwatakan baik.Murid-murid yang berdisiplin biasanya akan memberi fokus ketika guru sedang mengajar.Hal ini pasti akan melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Di samping itu,disiplin juga mampu melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kehidupan.Mereka akan patuh dan teguh terhadap prinsip yang menjadi pengangan sejak kecil lagi.Murid-murid inilah yang akan menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Tuesday 11 October 2011

BURUJ (SAINS)













SCORPION
Can be seen clearly with its head, long body, tail and stinger between June and  August.












ORION 
Can be seen clearly as hunter with a belt and sword between December and February.










BIG DIPPER 
Is a group of seven bright stars that forms a pattern of a handle and a bowl. Orion and Big Dipper show the North Pole.


SOUTHERN CROSS
Can be seen as a brilliant cross in the southern sky. Shouthern Cross shows the South Pole.

Cara-cara menjaga kebersihan

               Kebersihan ialah suatu perkara yang penting dalam kehidupah kita. Jika kita menjaga kebersihan kita, kesihatan kita pasti terjamin. Oleh itu, kita haruslah menjaga kebersihan kita.

               Ada banyak cara untuk kita menjaga kebersihan.Antaranya,

              Kita haruslah menjaga kebersihan diri kita. Kita boleh berbuat demikian dengan memotong kuku, mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan sebagainya. Dengan ini, pasti kita dapat menjaga kebersihan diri kita.
              Selain itu, kita hendaklah menjaga kebersihan tempat tinggal kita. Oleh itu, kita hendaklah menyapu lantai, mencuci halaman rumah dan sebagainya. Dengan demikian kita dapat menjaga kebersihan tempat tinggal kita.
             
              Seterusnya, kita estilah menjaga kebersihan makan dan minum kita. Kita tidak boleh makan makanan yang dihinggapi lalat. Kita juga mestilah memilih restoran yang bersih untuk kita makan di sana.

               Di samping itu, sewajarnya kita menjaga kebersihan alam sekitar. Kita boleh berbuat demikian dengan mengadakan aktiviti gotong-royong dengan jiran-jiran kita. Dengan ini, kita bukan sahaja dapat menjaga kebersihan alam sekitar, kita juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan jiran tetangga.

                Dengan berbuat demikian, bolehlah kita menjaga kebersihan di sekitar kita. Jika kta hendak hidup sihat, kita haruslah menjagakebersihan kita. Adab menjaga kebersihan haruslah dipupuk dalam kalangan  masyarakat termasuklah kanak-kanak, bak kata pepatah  "melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Monday 10 October 2011

KAEDAH UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN

    Salah satu daripadanya ialah kita perlu rajin menelaah pelajaran.Segala yang dipelajari di sekolah selalunya akan mudah lupa jika kita tidak membuat ulang kaji di rumah.Malah untuk memastikan pengetahuan kita bertambah,kita perlu membuat rujukan dan membaca bahan-bahan bacaan yang diyakini mutunya, baik majalah mahupun surat khabar.Bagi mereka yang berkemampuan,mereka dapat menghadiri kelas tambahan.
   
   Jadual belajar sangat penting untuk berjaya dalam pelajaran.Walaupun seorang itu rajin menelaah, tidak mustahil dia akan gagal jika tidak menyediakan jadual pembelajaran yang lengkap.Oleh itu,kita harus menyediakan sebuah jadual untuk belajar,bermain,tidur dan rehat.Ini kerana otak kita bukanlah robot yang dapat diasak dengan membaca secara berterusan. 
 

Sunday 9 October 2011

Cara -cara menjaga kebersihan sekolah kita

ANTARA CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH KITA IALAH:

1. Tidak membuang sampah di merata-rata tempat
2. Sentiasa menyapu sampah di dalam kelas atau di sekitar kawasan sekolah
3. Menarik pam tandas apabila selesai menggunakannya
4. Selalu menegur orang yang membuang sampah di merata-rata tempat
5. Setiap orang mestilah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh cikgu kita

Friday 7 October 2011

Ahli Blog

-Ernadia Syafika bt Abdullah.
-Nurul Nazirah bt Umor.
-Nur Rashida Hani bt Juraimi
-Nur Nisrina Maisarah bt Zuhdi
-Nur Atiqah bt Ariffin@Ripin.


(KUMPULAN)

KAMI BOLEH

S.K.R. BOLEH...  

Lencana S.K.R.

Lagu negeri terengganu

Negaraku

Pantun

Dengarlah tuan saya berceita,
Datuk Bahaman yang kita cinta,
Mengorbankan diri dan juga harta,
Bagi melihat peribumi bertakhta.


Duka nestapa tidak terkira,
Melihat pusara sanak-saudara,
Penjajah durjana punya angkara,
tanpa sedikit sifat manusia.


Anak Pak Leman namanya Kasih,
Nama anak Kasih ialah Yaya,
Jagalah sekolah supay bersih,
Jagalah kelas supaya ceria.




(JAGALAH SEKOLAH AGAR BERSIH DAN INDAH)

(SEKOLAHKU ILMUKU)
-Ernadia Syafika bt Abdullah.
-Nurul Nazirah bt Umor.
-Nur Rashida Hani bt Juraimi.
-Nur Nisrina Maisarah bt Zuhdi.
-Nur Atiqah bt Ariffi@Ripin.

Ahli Blog


-Ernadia Syafika bt Abdullah.
-Nurul Nazirah bt Umor.
-Nur Rashida Hani bt Juraimi.
-Nur Nisrina Maisarah bt Zuhdi
-Nur Atiqah bt Ariffin@Ripin.